Thursday, February 24, 2011

.puan shariffah raguan.

Awww.begitu lawak bila orang dah mula panggil akak aku ni puan.tergolek-golek melihat muka cik kak eh salah puan kak (gonjeng no ayat ini) bila orang panggil dia puan, mula-lah dia buat muka macam orang tahan kentot tu. Ok buat pengetahuan semua akak ku sudah kawen.dari tajuk pon dah boleh agak kan.oleh itu, aku masih tak percaya dia dah ada suami.lagi tak percaya bila dia sendiri tak percaya yang dia dah ada suami.lagi-lagi –lah tak percaya bila suami dia tak percaya yang dia dah punya suami.eyh salah.dia dah jadi suami.huh.ok, malas nak tulis pepanjang.tatap jek-lah gambar-gambar berikut.jangan risau.anda tidak akan sesat ketika melihat koleksi peribadi saya ini (malu-lah gitwee bila ada koleksi sendiri).cik tembun sorang ini akan tetap memberi ulasan terhadap setiap gegambar tersebut.kalau ada sebarang pertanyaan sila la tweet saya ok. (tetiba nak kale biru.kunun dah terlink lah tu taw.macam aku ada twitter pulak kan* takyah la nak tekan bebetol eyh.aduhai) atau mungkin anda,anda,atau mungli tu yang kat belakang anda memerlukan photographer amature kerana terkesima atau terlalu kagum melihat foto-foto berikut.sila lah jangan nagis ok.saya paham perasaan anda.atau mahu teruskan ke-ter-haru-an anda itu sila-lah ye buat tempahan.saya memang tak kesah nak ambil-ambil gambar ni.tp upah kasik la sikit ye.choyyy.hahah.*hanya gegurawan semata-mata.saya memang suka up-up kan sikit diri.sebab tu tinngi.*nengok aku up-kan lagi.maaf,,,cop-cop.fefoto berikot mungkin penah lihat di fb.tapi cuba abaikan.buat-buat macam tak pernah tengok ye kawan-kawan.sebab kawalan terhadap fb lebih terkawal jika dibanding kan dengan blog yang memang sudah tak terkawal.

Kita mula dengan bismillah.muka jangan ketat sangat.aku tahu gamabr-gambar aku hebat.ok, mari terjah bebeh

Hari-hari diambang perkahwinan :


ini semua foto-foto ketika membuat berkat.ye.semua reriben tu kreatif dan tunjuk ajar oleh puan intan itu ok.yang gambar aku ini terjadi pabila 3 hari 3 malam tak mandi,masih memakai baju yang sama dan masih mengadap hot glu dan riben-riben itu.gila teros.so,hati-hati ye jika nak buat gubahan sendiri. "i'm always right"-lah sangat kan.

____________________________________________________________________

kemudian malam berinai:

gambar sikit sahaja sebab semua macam taknak layan aku.kesian kot.sedih jek.punya-lah semangat nak amek gambar.lek jek tanpa segan silu dan memikir keadaan hati ku yang sensitip ni,aku dihalau bertubi-tubi oleh semua orang.kesian kan.*sambil lap hingus yang dah terkeluar.sambung terjah yok. *sobsob:

wallah.jadi nya macam kurang merah.tapi bile lama sikit henna tu jadik macam memang cantik dan merah.

____________________________________________________________________

kemudian disusuli dengan majlis khatam.

dikatami bersama puan pengantin dan mila (kawan suraiya-my sister) dan kak shikin (kb-kin besar,,aku kk-kin kecik,,comel kan.aku tahu :) ) bestie intan.jom usha aweks ini khatam :



aku comel kan.supan pulak tu.aku tahu lagik.


aweks-aweks yang comey bertudung hitam tu ehem2.tu pasal kena pakai tudung hitam dan mereka menjadi photographer yang hebat dan pengapit yang setia .teehee~ ___________________________________________________________________

ok.ini pula fefoto untuk majlis pernikahan pada hari sabtu 12/2/2011 bersamaan 9 Rabiulawl 1432H.di rumah cik tembun dan family.

inilah geng cik tembun.terima kasih datang.dari puncak alam wooo.perkenalkan.dari kiri meah,gayah dan tipah.


keluarga pihak perempua.iaitu aku and da family.maaf umi.pose tok kali yang kedua terlalu semangat sampai tak perasan kin tutop muka umi.hee



gambar bawah ini the most cantikest la senang cerita.sebab tembun ada.yeay.tahu jugak dah


geng pihak lelaki dengan tema oren.awummm gitu.bila aku cakap free-style semua pose tanpa henti sampai peloh jari-jari dan anak tekak aku.


ok masa berlangsung nya akad nikah ni.bacaan taklik *kalau tak silap.aku pasti cuma tak sure jek.tangan aku dah sejuk bukan maen.macam aku yang nak kawen pulak kan.lepas sahaja selesai.alhamdulillah dengan sekali nafas,intan dan abg wan sah digelar suami ister.dah jadi bini orang dah akak aku sorang ni.hish.lepas tu, sesi pepelok berlangsung.dah macam dalam drama tamil dah kot time tu.muka dah la macam2 sikit.so penagisan tu makin menjadi lah kan.tak pon macam time nengok cerita hindustan.lepas tu yang kalau hero dia mati .kita punye beria nages sampai habis semua air keluar tu.haa,,macam tu lah jugak situasi nya.


pasangan bahgia.orang baru kawen malu-malu kunun.semoga kekal lah rumah tangga (RT) dan kebahagiaan RT *orang moden menngunakan short form lah konon*hingga ke akhir hayat mereka.amin.
____________________________________________________________________

dan disambung pula dengan
majlis bersanding pada malam-nya :

ini adik-adik comel.macam aku jugak lah senang cite.gatal budak-budak ni.kecik-kecik dah pandai pegang2 tangan.tapi seb naik comel macam aku kan.so di maafkan.



geng tembun lagik.ok.sayang semua.pelok2

terima kasih kepada najib,fattah dan cik honey seri yang sudi hadir.kawan lama *sejak skulah rendah tu.yang dah hilang sebenarnya cik seri tu.tapi akhir nya berjaya di jumpai. macehh fattah bawak seri.rindu gila kat kau.cakap non stop.maseh seperti dulu.kau dah boleh masok geng kak 6 seyh.tapi yang pasti aku lagik tinggi dari kau.muahahahah.*gurau ok sayang,,but i meant it.heheh..hahha.



kan aku dah cakap.memang suka hindustan2 ni.dah maen lari2 pulak dah kan.aduhai.

time ini.aku rasa gades cun berbaju merah 2 orang kat depan tu memang tersemangat sekali.maaf ye geng cik tembun.first time tembun rase macam tu.tu yang sampai maen tolak jek semua orang.janji aku dapat bunga tu.



Alhamdulliah,syukur kepada Allah.majlis intan berjalan dengan lancar.everthing turn out beautiful and perfect *especially me (lempang sekali *sedarkan diri sendiri).i know intan would not asked anything more bila semuanya great.may their wedding and journey as husband and wife always be blessed by Allah.InsyaAllah.terima kasih kepada semua yang hadir.



Wednesday, January 19, 2011

.seMURNI perotku.

mukadimah post setelah hampir 3 bulan menyunyikan diri perlu-lah supan.dan yang penting cukup mantap tok menteliurkan.aktivit dibawah dijalankan di port rasmi geng perot.MURNI.ok tu aje tok kali ini.selamat menteliurkan diri.(owh ok kau boleh tak jangan nak gonjeng sangat kan). chow bebeh





kalau kau orang tak terliur makne nye kau orang kurang normal.abnormal lah tu.mempunyai masalah dalam mengeluarkan air liur barang kali.pegi cek-lah.bahaya dah tu.naseb-lah wei. aku punya air liur dah macam tsumani kat mulot ni.ok chow lagik sekali.nak p sental mee goreng mak aku pulak.selamat semua.



Monday, November 29, 2010

.aku jatuh cinta lagi.

i currently addicted to this.

addicted yang sampai nak pengsan tu.
sampai tekentot secara tanpa henti
sampai makan makin kuat.
tido tak ingat dunia.
shopping makin sakan.
terok tak terok tu.


yes, and i want it badly.
klasik-kan.
kenapa-lah perlu wujud benda2 ini.
sungguh terharu melihat-nya.
mari kita melihat-nya besama-sama ye.


nak menangis ke tak melihat mereka.
jika tak,memang kau tak de perasaan.
mahu yang LC-A atau sproket itu.
nak yang 135bc tuhhh :(
semua-lah aku nak.
kalau dapat yang diana's tu pon boleh jugak-lah.
nak.nak sangat2.nak-lah.kau paham tak.aku nak holga.
*maaf emo seketika kerana mahu tersangat ini camera.




ayuh lihat lagi okey.mari terharu lagi.



*sambil mengesat air mata dan menghembus hingusan yang telah terkeluar dari ladang-nya
terharu-kan kawan2.

kemudian bila dah dapat mahu yang fisheye itu. *winkwink*
oh lomo...
oh holga...



Friday, November 26, 2010

.muffin.

semua orang suka muffin kan2?esp yg kt kennys itu.owh sumpah sedap yang membuatkan saya terliur sambil menaip post ini.pehh,,yg panas pastu asap dia terbang2 nak menunjukkan betapa sedap nya benda alah itu.haiyoooo..




okeyh.post kali ini sebenarnya mahu merujuk kepada yang ini


masalah yang dihadapi gades adalah kebahagiaan yang mula menunjukkan impak nya.yang lebih merungsingkan apabila kebahagiaan ini mula menampakkan diri nya.namun akibat masalah anxiety ynag tinggi, mereka mula tebonjol-bonjol keluarkan diri mereka ditempat2 yang dapat dilihat oleh khayalak ramai.



people meet muffin top.muffin top meet people.

benda ini memang memalukan ye.namun sesetengah pihak masih tak kesah dengan hal ini.mereka tanpa segan silu menunjukkan kebahagiaan itu.tade sape nak ngok kau punya muffin la ngong.sendiri punya pon aku dah pening.huh.nobody want to see it unless it is bluberry.get it?try to cover it will you?

ada juga dikalangan mereka2 yang amat tidak mahu kasih sayang ini dilihat.kasih sayang yang dirujuk sebagai muffin top ini adalah kerana ianya sentiasa terlekat dengan kita walau kemana sahaja kita pergi.bebetol sayang lah tu.

***************************************************************************

how to get rid this love??

okey.yang terbaik kenalah bersenam la bagai semua.sit up lah.semua2-lah pendek cite.tonggang tebalik-lah korunk sebab nak muffin tu hilang.nak upload video senaman, paham2-lah betapa lembab-nya.so this is the link to membaca tentang xcercise itu okey.

kalau nak video google-lah sendiri, tak pon u-tube sudeyh.

************************************************************************

selain itu, pemakanan seimbang juga penting sebab tanak tambah-kan lagi lelemak yang dah bergumpal kat situ tu kan..

next, untuk mereka2 yang mempunyai wang yang terlebih2 sehingga tak tahu nak wat apa dengan duit tu, elok-lah juga anda menghabis-kan deduit itu di slim world ke hape tu-lah.sebab korg pon x penat sangat.cuma baring dan tido.taw2 perot dah kempis.huh.

*************************************************************************

untuk mereka2 yang seperti saya, pemalas tok xcersice dan kuat makan, memang tak boleh-lah nak hilang-kan dia begitu sahaja.perlindungan terhadap si kebahagaiaan ini ada-lah yang terbaik.untuk mengelak-kan sebarang pelucahan yang dilakukan kerana membenar-kan kebahagiaan itu dilihat dunia tanpa sebarang pemakaian dan mengurang-kan dosa yang bakal dibuat oleh mereka2 diluar sana yang mula memula-kan pengataan setelah melihat muffin kita, pemakaian kita adalah solution yang terbaik.ngee~

tube merupa-kan aset yang terbaik.selain ia tutop yang atas, ia juga mampu untuk tutup yang bawah.huh.apakah? okeyh.macam ini, tube yang selalu korg pakai itu boleh juga cover muffin anda dari teros melambai-lambai dunia. tarik tube anda sehingga ke paras punggung.gambar dibawah dapat mengambar-kan apa yang dimaksud-kan sebab saya tak pandai dalam perihal penerangan.





faham kah?? ia juga boleh digayakan menggunakan pelbagai pattern,design and kaler.

*********************************************************************

selain daripada ianya dapat menyorok-kan aset comel kita tu, lurah2 dendam yang sepatot-nya tak dilihat dunai juga dapat dilindungi. lurah dendam ini pula terjadi nya apabila seluar terlalu lowered kan.sebab nak jadi hip hoppers tapi opah teros ngucap panjang.kan??.tape.buat jek macam diatas ini.I'Allah ia akan dapat dilindungi.

***********************************************************************

kemudian elak-kan daripada memakai baju2 body hugging atau baju yang konon-nya stretchable tu. memang dia stretch lepas tu gasak-lah babat2 tersentil disana sini. ngeri kot..

atau ketika mahu membeli seluar-kan, beli-lah yang 1/2 or 1 size bigger.the trick is that, bila dah size besar tu mesti ada ruang-kan. di sini -lah kita boleh memula-kan proses menyorok dan menyumbat lemak2 terbonjol itu.heh.

(maaf,grafik diatas mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak)


okeyh.that all for now.hopefully ianya membantu anda.



_toodles_





Monday, November 22, 2010

.uninvited visitor.

menyimpan hasrat untuk membuat sesi photoshoot outdoor.konon nya seperti jurugambar yang profesional.yang memetik gambar sana-sini dibawah terik mentari.kerentungan warna kulit ditolak tepi semua kerana minat kepada photography. namun itu semua hanyalah khayalan semata sebab ketiadaan model yang sesuai.

sehinggalah semalam....jengjengjeng..


*****************************************************************************
semalam ketika baru balek keluar selepas melawat faz kawen ...



ini gambar faz kawen dengan cikgu




ini selepas majlis itu


saya dikejutkan dengan berita bahawa ada pelawat yang tak dikenali datang bertandang ke rumah.okeyh memang cuak juga bila bebalek jek teros dengor berita itu.memang tak diundang mahupun dikenali.tapi dah jadi tetamu kami kan.jadi perlulah layan sebagai tetamu.

disebabkan dia dok kat umah ni,so kena lah makan sekali.umi ajak dia makan sekali tapi dia macam tanak jek.tah.die suka dok luar kot.pastu bagilah dia makan tapi dia tanak makan.umi cuba pulak bagi buah-buahan sebab tanak dia lapar sangat.pon dia tanak.kemudian saya cuba lah bagi makan laksa, ditolak juga.biala abah masak kangkung, baru dia tehegeh-hegeh nak makan.vege abes latuh kunun.orang da nak bagi makan terima jek la.memilih pulak tu.dala sepatah pekataan pon dia tak cakap ngan kami semua.apa tah masalah dia.

*************************************************************************


walaupun tak kenal tapi dia memang aktif.

baru sehari dok umah ni dia da jadi my model.memang boleh dikatakanlah dia ni memang fotogenik.tayah soh pose pon dia dah tahu mana port yang cam best tok dipose.tak susah pon nak tangkap.jadik jek semua gambar dia.

owh lupa.bawah inilah uninvited stranger nya.ngok jekla gambar2 berikut.hebat kan dia bergambar.









semua gambar2 ini memang dia yang pilih port nya.saya hanya lah photographer nya.tada kaitan dalam hal mengangkat dia. dan sekarang saya ada hobi baru.melayan kerenah dia.


dia suka menyorok kat pokok serai abah.abah risau2 jek sebab maken hari maken penyek pokok tu even pokok serai tu keras.sebab kura-kura ini gemok.dan pemalas juga

dia suka sorok dalam cengkerang sambil mengeluarkan bunyi macam kucing garang tu.tapi agak2 la kan.kalo nak tunjuk garang kuar la dari cengkerang tu bro.stakat wat bunyi dalam tu wat pe.wa tak goyang pon.konon da abes garang latuh


pastu dia suka menguap.konon dah abes comel la nak nguap2 gitu.ye kura-kura sesat ini memang suka menguap ye.setakat nak promot mulot yang macam ada tade jek gigi tu baek tayah la kura-kura.tak comel mana pown.



dan dia memang suka sangat nak memanjat.memang dia tak boleh dok diam.sentiasa berjalan dan memanjat.semua benda dia nk panjat.memang dia ni kura-kura yang aktif walaupun pemalas kekadang.bukan macam dalam cita kura-kura dengan arnab tu.yang arnab siap tido bawah pokok sampi termimpi2 sebab kura-kura tu lembab tahap merah yang kalau atok tue pakai tonglat pon boleh kalah kan kura-kura tu.yang ni memang jauh tersangat berbeza dan dia dapat bergerak dengan laju ye.



ini merupakan video si katik yang kuat memanjat.ni baru sikit ye.yang dia dok panjat batu bata tinggi tu yak sempat dirakam sebab tegamam tekaku melihat kura-kura panjat sebegitu ganas.pas panjat dia sorok kat pokok serai abah.tu jek la keje dia.






_toodles_






Thursday, November 11, 2010

.coming soon.


finally,blog ini bakal di-atas-tareh-kan oleh tuan nya ini.harap maklum.lame bebeno kot x di-atas-tareh-kan.tapi maseh belum sampai seru.hal ini demikian kerana :





  1. menunggu kelajuan internet yang memuncak yang jika dibandingkan dengan kelajuan kentot opah, internet saya lagi laju. bayangkan la betapa laju nya itu dan2 ketika muka opah maseh tekumat-kamit meneran kentot dia, blog ini telah terupdate.heeehoqqq




  2. kemudian keadaan sekeliling yang mendamaikan terutama sekali dari kesemagatan adik2 tadika kat belakang umah sewa ini.pepagi suboh da menjerit nyni lagu sekola tadika dia.walawehhh.sumpah semagat okeyh.yg muke seorg2 penuh bangga nak nynyi padahal bukan hapal no lagu tadika dia tu.miming ngan jerit2 jek lebih kot.agak2 kalo macam nak ponteng suboh tu memang harapan jek la.




  3. next adalah peniduran yang mantap. cuti sem telah bermula.setelah final exam berjaya ditempuh.tidur yg macam 2 ,3 jam jek tu.yg seko2 budak2 umah ni mate smua mcm bru pas mekap yg nk buat smoky eyes cume tejadi kt bawah mate tu.sembap okeyh smua.seb baek kecomelan maseh d preserve. tidur perlu ditopap ye kwn2.




  4. dan pemakanan yang mencukupi yang sampai dapat menyambung kan balek neuron2 yang dah terputus sebab x cukup nutrient._apakah??_ selain dapat menepukan lemak2 yang telah terkumpul.oleh itu, idea2 yang meletopp dapat untuk dicurah kan ke ladang gandum dan puffff..jadi lah belog yang hebat.



siap highlight2 lagi taw nyah.syndrom final latuh.hekhek.okeyh.itu saje tok entry kali ini.nantikan yang laen okeyh....


_toodles_